2. BAYARAN PENUH MESTILAH DIBAYAR SEMASA MENDAFTAR MASUK SECARA TUNAI DAN KEMUKAKAN BUKTI PEMBAYARAN DEPOSIT SEMASA MENDAFTAR MASUK. DEPOSIT RM50.00 SEMALAM DIJADIKAN SEBAGAI CAGARAN DAN IANYA AKAN DIPULANGKAN SEMULA SEKIRANYA SELEPAS PEMERIKSAAN DIBUAT TIADA SEBARANG KEROSAKKAN DAN KEHILANGAN BARANGAN SERTA KEBERSIHAN YANG MEMUASKAN. PIHAK PENGURUSAN AINNUR HOMESTAY AKAN MENGAMBIL MASA SELEWAT-LEWATNYA 3 HARI SELEPAS WAKTU KELUAR UNTUK MEMULANGKAN DEPOSIT TERSEBUT.
3. WAKTU MENDAFTAR MASUK 2.30 PETANG DAN WAKTU MENDAFTAR KELUAR PADA 12.30 TENGAH HARI (WAKTU MENDAFTAR MASUK/MENDAFTAR KELUAR BOLEH DIRUNDING SEKIRANYA HOMESTAY TIADA TETAMU LAIN. SEKIRANYA ANDA MENDAFTAR KELUAR LEWAT DEPOSIT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN. SEKIRANYA ANDA MENDAFTAR KELUAR SELEPAS PUKUL 06.00 PETANG BAYARAN PENUH AKAN DIKENAKAN.
4. DILARANG MEROKOK DI DALAM RUMAH DAN MEMBAWA MASUK HAIWAN PELIHARAAN SERTA BARANGAN YANG TIDAK HALAL DI SISI ISLAM.
5. DILARANG BERKHALAWAT DENGAN BUKAN MAHRAM DAN BERJUDI.
6. SILA PASTIKAN KEBERSIHAN DIJAGA/SUIS ELEKTRIK/BEKALAN AIR/DAPUR GAS DITUTUP SEBELUM MENINGGALKAN HOMESTAY INI.
7. SEBARANG AKTIVITI @ KEGIATAN @ PERANCANGAN PERLAKUAN JENAYAH @ PENYALAHGUNAAN DADAH @ PENYEBARAN AJARAN SESAT ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DI HOMESTAY INI.
8. PENGHUNI HENDAKLAH MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
9. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DAN MENGHORMATI ADAB-ADAB BERJIRAN SEMASA MENGINAP DI HOMESTAY INI.
10 JIKA ANDA KELUAR MENINGGALKAN RUMAH ATAU TIDUR PADA WAKTU SIANG/MALAM PASTIKAN ANDA TELAH MENUTUP DAN MENGUNCI PINTU, TINGKAP DAN PINTU PAGAR.
11. PIHAK KAMI BERHAK UNTUK TIDAK MENGEMBALIKAN DEPOSIT ATAU MENGENAKAN APA-APA CAJ ATAU TINDAKAN SEWAJARNYA JIKA PENGHUNI GAGAL MEMATUHI PERKARA 1 HINGGA 10.
12. SETIAP PERALATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH HAKMILIK HOMESTAY INI, SEKIRANYA BERLAKU KEHILANGAN DAN KEROSAKAN AKAN DIKENAKAN BAYARAN. KECURIAN AKAN DILAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA.
13. PIHAK AINNUR HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DI LUAR KAWALAN PIHAK KAMI. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.
No comments:
Post a Comment